Wednesday, July 14, 2010

MOtivasi diri..Renungkanlah...

KISAH ULAT BULU DAN KAKTUS

Tertarik dengan keindahan bunga dan kecantikan rerama, seorang hamba Allah berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama untuk dijaga dan dibelai. Maka berdoalah beliau sungguh-sungguh, sepenuh jiwa dan seikhlasnya. Berjanji beliau bahawasanya akan menjaga bunga dan rerama tersebut jika Allah memakbulkan permintaannya.Allah kemudiannya memberikannya kaktus dan ulat beluncas. SEDIH, MARAH, GERAM, segala perasaan kecewa bercampur baur kerana doanya tidak diperkenankan. Terfikir oleh beliau “Kenapa?..kenapa permintaanku tidak dimakbulkan?. Mungkin aku bukan hamba terpilih yang Allah dengar permohonanku”..Kerana kecewa, beliau memutuskan untuk tidak mempersoalkannya lagi dan membiarkan ‘pemberian Allah’ itu di satu sudut di ruang rumahnya.Suatu tempoh, beliau tergerak untuk melihat apa yang terjadi dengan ‘pemberian Allah’ tersebut.. (meskipun dalam diam beliau sudah melupakan ‘impiannya’ dulu)

DAN ALANGKAH…

Kaktusnya menghasilkan bunga yang sangat cantik dan ulat beluncas hijau tersebut bertukar menjadi seekor rerama yang sangat berwarna-warni.BENARLAH..Rancangan Allah lebih hebat daripada segala-galanya.Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.Kita mungkin kecewa apabila doa kita tidak diperkenankan..

TETAPI..ALLAH LEBIH TAHU APA YANG KITA PERLUKAN MELEBIHI APA YANG KITA MAHUKAN..

DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK..KESAKITAN HARI INI ADALAH KENIKMATAN HARI ESOK..

Untuk itu..

BERSYUKURLAH DAN JANGAN PUTUS BERDOA.. DAN REDHA dengan setiap PEMBERIAN-NYA.

No comments:

Post a Comment